ต้นฉบับเดิม : ภาษาไทย
เจ้าของ : คณะกรรมการมัสยิดอะห์มาดียะห์ บ้านปันจอร์ สตูล
วันที่ 2/5/2013
……………..
Kertas kerja projek mohon bantuan sumbangan pembinaan bangunan pusat pendidikan dan pengajian islam
Nama Projek :
Pembinaan bangunan sekolah bagi Pusat pendidikan dan pengajian islam Masjid Ahmadiah Kg.Panjor ( Tadika )
Pemilik projek :
Masjid Ahmadiah Kampung Panjor Daerah Khuandon Wilayah Satun
Pengerusi projek :
Tuan Haji Muhammadnur Tohdaeng : Imam Masjid Ahmadiah
Pendahuluan :
Kampung Panjor bermukim Ban Yansu Daerah Khuandon Wilayah Satun adalah sebuah kampung besar mempunyai penduduk sebanyak 700 buah rumah tangga ( sekitar 2000 orang ) majority 99 % beragama islam,pentadbiran dan pengurusan hal ehwal kampung berpusat dimasjid dengan ini masjid berperanan penting didalam semua urusan pembangunan kampung khususnya dibidang pendidikan masjid telah mengadakan pusat pendidikan dan pengajian islam di setiap peringkat samada kanak-kanak,belia dan juga untuk kalangan dewasa.
Pengurusan pendidikan di kampung Panjor, untuk kalangan belia pihak masjid telah menyediakan pendidikan dan pengajian islam peringkat asas mengikut sukatan kementerian pendidikan dan pembelajaran pada setiap hari sabtu manakala pembelajaran untuk khalayak dewasa diwujudkan kelas pengajiannya pada setiap hari jumaat dan ketika selesai solat maghrib – waktu solat isya’ pada setiap hari.Sekarang pada hari sabtu bilangan pelajar belia sudah memcapai jumlah 400 orang dan bilangan ini terus meningkat dari semasa ke semasa menyebabkan bilangan bilik pembalajaran tidak mencukupi dan terpaksa belajar didalam bilik yang ramai lagi menyempitkan.Dengan ini pihak Masjid Ahmadiah Kg.Panjor telah merancang projek pembinaan bangunan baru setinggi 3 tingkat sebanyak 16 bilik pengajian diatas sebidang tanah milik masjid yang memerlu kos perbelanjaannya sebanyak THB 12,000,000. ( Dua belas juta Bath ) sekarang sebahagian pembinaan projek ini telah dijalankan dengan bantuan sumbangan dari penduduk kampung sebanyak THB 6,000,000. ( Enam juta Bath ) dan berhenti pembinaan sementara kerana kehabisan bajet pembinaan.
Sehubungan dengan perkara diatas Masjid Ahmadiah Kg.Panjor yang berdaftar pendaftaran masjid No. …………… memohon bantuan sumbangan pembinaan bangunan Pusat pendidikan dan pengajian islam Masjid Ahmadiah Kg.Panjor diatas sebidang tanah milik masjid mengikut gran tanah No……………….. dan bangunan tersebut akan diwaqaf untuk kegunaan pendidikan dan pengajian islam dimasa akan datang.
Objektif :
1.Penggunaannya sebagai pusat pendidikan moral dan pengajian islam belia muslim.
2.Sebagai pusat penyebaran dan khidmat infomasi akademi dan teknologi.
3.Sebagai pusat pentadbiran kampung,kebajikan anak yatim dan fakir miskin.
Aktiviti :
– Pembinaan Bangunan Konkrit 3 tingkat sebanyak 15 bilik berserta lanskaping persekitaran dan alat-alat kemudahan lain-lain ( Secara detail tertulis dalam plan yang disertakan )
Lokasi Projek :
Kampung Panjor Tumpuk 6 Mukim Yansu Daerah Khuandon Wilayah Satun Selatan Thailand
Kos perbelanjaan :
Kos perbelanjaan kesuluruhan sebanyak THB 12,000,000. ( Dua belas juta Bath ) namun sebahagian pembinaan telah pun dijalankan yang telah menelan perbelanjaan sebanyak THB 6,000,000. ( Enam juta Bath ) dan masih lagi memerlukan kos baki untuk menyepurna projek tersebut dengan jumlah wang sebanyak THB 6,000,000. ( Enam juta Bath )
Note : ( Kadar tukaran wang USD 1 : THB 30 )
Penerima faedah :
1.Belia islam seramai 400 orang mendapat bangunan pendidikan dan pengajian islam.
2.Penduduk perkampungan islam seramai 1,500 orang mendapat pusat pendidikan dan pengajian islam serta mendapat pusat pentadbiran dan pengurusan hal ehwal komuniti mereka.
3.Penjagaan kebajikan anak yatim dan fakir miskin yang bersistem,berterusan dan saksama.
Urus setia / kodinater projek :
Encik Somad Baimadpunjor
39 Tumpuk 6 Mukim Yansu Daerah Khuandon Wilayah Satun 91160
Tel : +6689 4661373
Email : sormad@hotmail.com
Pengusul Projek :
Tuan Haji Muhammadnur Tohdaeng
Imam Masjid Ahmadiah Kg.Panjor
Lampiran yang disetakan :
– Plan pembinaan bangunan
– Surat pendaftaran masjid
– Gambar aktiviti pengajian pelajar gambar masjid dan gambar jarak jauh bangunan yang terbina
– Surat rekomen dari badan kerajaan